Lagu Tema PAS

Monday, December 7, 2009

TAMPAS 2

TAMRIN ANAK-ANAK AHLI PAS (TAMPAS 2)

PEMANTAPAN RIJAL

PELAPIS KEMENANGAN ISLAM

TARIKH : 11 13 DIS 2009

HARI : JUMAAT AHAD

TEMPAT : HUTAN LIPUR BUKIT PANCHOR, NIBONG TEBAL

MISI : Ke arah pengkaderan anak-anak ahli PAS untuk terus istiqamah dengan PAS

VISI : Melahirkan generasi penegak Islam

OBJEKTIF :

1) Memurnikan jiwa para peserta dalam soal AQIDAH ISLAMIYAH

2) Memantapkan AMAL IBADAH para peserta

3) Meningkatkan Keterampilan diri

4) Memberi Pemahaman Tentang Islam

PENYERTAAN : Terbuka kepada 2 kategori;

1) Remaja ( umur 13 – 21 tahun )

2) Aulad ( umur 9 – 12 tahun )

YURAN : RM 30 seorang (pengurangan akan diberi kepada penyertaan yang lebih dari 1)

TEMPAT TERHAD!!!

AKTIVITI DAN PENGISIAN:

1) SANTAPAN JIWA DAN PEMANTAPAN SOLAT

2) LATIHAN DAN PERBINCANGAN KUMPULAN

3) PERKHEMAHAN JUNGLE TRACKING

4) LATIHAN CERGAS

5) DAN BANYAK LAGI AKTIVITI YANG MENARIK SERTA PENGISIAN-PENGISIAN YANG MEMBINA IMAN DAN SAHSIAH

KEPERLUAN PESERTA:

i. Pakaian yang menutup aurat (untuk 3 hari 2 malam)

ii. Pakaian solat

iii. Pakaian sukan

iv. Kasut sukan

v. Barang peribadi (spt sabun, ubat gigi, kain tuala dan sebagainya)

vi. Lampu suluh

vii. Ubat-ubatan

viii. Alat tulis

SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:

i. Bukit Mertajam : YAWAWI (019-5421160)

ii. Permatang Pauh : HAFIZ (013-4229190)

iii. Kepala Batas : NAJIB (019-4215112)

iv. Tasek Gelugor : ZAMADI (019-4467322)

v. Bayan Baru : SAIFULLIZAN (016-5992918)

vi. Bagan : MUKHLIS (013-4373135)

vii. Nibong Tebal : RIZAL (013-4034009)

viii. Batu Kawan : SOFI (012-4975356)

ix. Jelutong : FARUK (019-4788725)

x. Balik Pulau : AZMIR (013-4085203)

SILA SERAH BORANG SEBELUM 8.12.2009

BORANG PENYERTAAN

NAMA:...............................................................................................................................................

ALAMAT:...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

UMUR:..........................................

NO. KP:..........................................

NO. TEL:.........................................

EMAIL:..........................................................................................

SEKOLAH:......................................................................................

NAMA BAPA:.....................................................................................................................................

NO.TEL:............................................

NAMA IBU:........................................................................................................................................

NO. TEL:............................................

CAWANGAN & KAWASAN:.................................................................................................................

Perakuan

Saya dengan ini membenarkan anak jagaan saya untuk menyertai Tamrin Anak-anak Ahli 2009 di bawah kelolaan DPPN dan akan bertanggungjawab bersama dengan pihak penganjur.

TANDATANGAN

.........................

NAMA:........................

ANJURAN:

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA

JABATAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN

JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA

JABATAN AMAL PULAU PINANG

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

Sunday, July 12, 2009

MANEK URAI: Seruan untuk Berpuasa Esok!!



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya.


petikan dipetik dari blog : http://chendering.blogspot.com

Monday, June 29, 2009

:: Pesanan Seorang Abi ::

Tadi.....
Abi berpesan...
Jaga akhlakmu..
Jaga auratmu..
Jaga solatmu...

Tingkatkan ilmumu...
Tingkatkan imanmu...
Belajarlah bersungguh-sungguh
Ukirlah sejarah harum dalam hidupmu...

Kelilingmu
Penuh dengan cabaran
Penuh dengan godaan
Penuh dengan maksiat dan jenayah
Penuh dengan perkara lagha

Aku
Terharu...
Terkedu....
Hanya mengiakan
Hanya mampu mendengar

Aku...
Merasakan kasih sayang
Seorang abi..
Begitu mengambil berat
Begitu mengasihi
Begitu menyayangi
Begitu mengharap

Kini....
Di hatiku....
Terpahat namamu abi...
Untukku sanjung
Untukku ingat selalu
Untukku kenang jasamu

Janjiku..
Harapanku..
Agar dapat
Membalas jasa abi...

Tuhanku...
Panjangkanlah umur abi
Tak lupa juga ummi
Supaya aku sempat
Berbakti kepada mereka.....

Tuesday, June 23, 2009

Program NISA' PERMATANG PAUH!!! Ayuh daftar sebelum 25 Jun 2009!!

salam semua!!!
lame putri menyepi tak update blog ini kan??hehehe...
putri taktau nak buh ape kat blog ni...
banyak gak topik hangat berkenaan persoalan agama yg putri baru survey..
insyaALLAH....putri ade mase, putri update....


back to the topic,


Nisa' Permatang Pauh akan mengadakan beberapa program:

  • purple circle
  • BBQ
  • latihan renang di ECO Theme Park & Resort, Kedah
Tarikh: 28 Jun 2009
Bayaran: RM 10.00 setiap orang
Pengangkutan: disediakan

Bagi sesiapa yang ingin membawa makanan untuk jamuan amatlah dialau-alukan.
Berkumpullah di Masjid Batu, Kg Pertama pada jam 8.30pagi

Jika berminat, sila inform secepat mungkin pada putri sebelum Khamis (25 Jun 2009) ni k....nanti putri forwardkan maklumat antum kat KAK HUDA k...tak pun, patut ke putri bagi contact number KAK HUDA kat sini ek???huhuhuhu....takpela....bagi je kat putri k...nombor phone putri ade kat ruangan komen pada post ini...


Cepat!!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membuat latihan renang sesama muslimah!!!! (^_^)
Marilah kita merapatkan lagi ukhuwah antara kita serta mengaktifkan jemaah kita.
Jika bukan kita sendiri yang menyertai, siapa lagi yang akan mengaktifkan jemaah kita???
Kuasa di tangan anda..
ANDA TENTUKAN!!



Thursday, April 23, 2009

INFO NISA' GOMBAK

Nisa' adalah kelab remaja dan wanita yang berhasrat untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Methodologi dakwah yang direalisasikan oleh Nisa' Gombak adalah penekanan aspek pembangunan modal insan yang menjurus kepada pembinaan peradaban manusia. Berpegang kepada moto 'Penghubung Generasi Muda', Nisa' Gombak meneruskan aturan langkah mendekati golongan remaja dan wanita khususnya di kawasan Gombak & umumnya di Malaysia agar Islam terus bersemi di hati dan dijulang tinggi.


UNIT DAN PROGRAM

Unit Pembangunan Insan
  • Usrah AJK Nisa'
  • Teen Circle
  • Sebaran Pamplet Dakwah
  • Forum/Wacana Ilmu
  • Survey Question

Unit Kerjaya
  • Bengkel Resume
  • Karnival Kerjaya

Unit Khidmat dan Kaunseling
  • Sahabat Nisa'
  • Sekolah Angkat
  • Lawatan ke Rumah Pengasih

Nisa' News Networking
  • Bengkel Blog
  • Bengkel Aplikasi Perisian Komputer
  • Bengkel Fotografi

Kemenangan Demi Kemenangan!!! (^_^)


Bismillahirrahmanirrahim..... (^_^)
akhirnye...
berakhirlah tek-teki PRK di 3 kawasan yg telah dipertandingkan awal April yg lalu...

TAHNIAH kepada PAS & PKR di Bukit Gantang & Bukit Selambau...
Batang Ai kalah pon takpe...teruskan perjuangan!!!


dah lame put3 tidak megnupdate blog ini kerana put3 sibuk dengan pelbagai aktiviti...

di sini put3 akan tunjukkan beberapa gambar put3 semasa put3 turun padang ke Bukit Gantang..put3 sgt teruja n gembira...hehehe...


bagi put3,  Perjuangan Belum Selesai


ni mase MB Nizar tiba pada Hari Penamaan Calon


ni malam hari pengundian...ramai giler org gi tunggu pengumuman keputusan PRK Bukit Gantang


ni put3 mase nak balik penang dari bandar taiping...ni on da way..dlm frontier...hehe..takde keje..snap arhh pic jap... gumbire sbb MENANG!!! alhamdulillah...(^_^)


ni put3 n adik2 put3...percaye tak???hehehehe...kami bertige adalah adik-beradik k...(^_^)
ni kat hentian Gunung Semanggol...berenti solat jap...hehe..

malam tu,memang ramai org...put3 n family duk kat bahagian bukit tu...kat sebelah pagar2 tu...urmm..dari atas tu,put3 leh nampak arhh org yg seberang sane...kosong maa tmepat diroang..ntah nape...memule ade la dlm 100 lebih org..pastu tetibe diorang sume balik....mase tu tak habis pon lagi perkiraan undi...


sekadar ni je yg put3 sempat kongsi kan...pasni nak tunggu PRK Penanti lak...ngeeee~ =P
ntah jd tanding ke idak...kite tgu pengumuman SPR isnin depan k!!

Tuesday, February 24, 2009

Lepas satu, satu... Lepas satu, satu...


ehem...lepas satu ape?

due, cikgu!

lepas due?

tige, cikgu!!

lepas tige?

empat, cikgu!!!

pandai murid2 cikgu....hehe..

saje je merepek... =P

ermm...skrg bukan takat 3 bukit dah jadi sasaran...

3 bukit tu pon ntah la jd ke tak 3 nye..sbb menteri besar baru je nak gi jumpe sultan selangor..

skrg maybe akan 4 tempat dah yg bakal ade PRK..

maklum la...ini berikutan dgn satu lagi kematian adun dalam negara kita iaitu di Sarawak..

nampaknye,lagi bertambah la isu yg TV1, TV3 n media arus perdana akan paparkan...

wahhh!! ini semakin meriah ni...

kalau jadi la 4 tempat,agak2nye,adekah SPR nak buat keempat2 tempat tu pilihan raya serentak???

aku pun taktau nak agak...ngeee~ =P